Berbelanja dengan Bijak atau Berbelanja Besar: Nilai dalam Penilaian Sistematik Pembelian Senjata
Gambar oleh Maxim Shemetov/Reuters
Oleh Peter A. Wilson dan John V. Parachini
8 Jun, 2020
Konsortium eksport aviasi Rostec daripada Persekutuan Rusia menawarkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) YAK-130, jet pejuang ringan/jet latihan baru dan maju, untuk tambahan atau menggantikan, atau menggantikan, beberapa pesawat tempur berprestasi tinggi dalam inventori TUDM.
Seperti kebanyakan Negara, kecuali jika ia menjalankan penilaian menyeluruh terhadap pembelian senjata yang diusulkan oleh Rusia, ia berisiko dalam membazir dana pertahanan hanya untuk symbol politik. Disebabkan oleh tekanan bajet yang berpunca dari pandemic global, Negara-negara perlu mencari pendekatan kos yang lebih cekap terhadap sebarang pembelian pertahanan.
Untuk menyokong latihan bantuan asing kerajaan A.S buat Negara tentang bagaimana untuk mematuhi sekatan A.S dan PBB, perbadanan RAND telah menganalisa maklumat sumber terbuka terhadap jualan senjata Rusia di seluruh dunia. Salah tau hasil daripada analisis sumber bahan ini adalah Negara-negara kadangkala membeli senjata untuk mengimbang secara politik di antara kuasa-kuasa utama. Salah satu implikasi pembelian senjata simbolik ini adalah ia memesongkan sumber Negara yang penting kepada senjata yang mungkin tidak bermanfaat. Dalam sesetengah kes, tentera kebangsaan mungkin telah membaningkan system alternatif, membuat pembelian berdasarkan saranan analisis teknikal, dan saranan tersebut tidak diendahkan kerana ketua politik telah membeli senjata untuk menunjukkan kebebasan polisi asing mereka. Potensi pembelian Yak-130 oleh TUDM adalah contoh jenis perbincangan senjata tersebut.
Selepas terbentuknya TUDM pada awal tahun 1960an sebagai tentera udara yang dimodelkan selepas Tentera Udara Diraja Inggeris, ia telah memodenkan armada pesawat tempur dengan membeli 16 Northrop F-5E Tiger-II dan 40 varian subsonic A-4M Skyhawk, yang menyeragamkan armada udara. Pada tahun 1990an, TUDM sekali lagi memodenkan armada udara tempur mereka dengan pembelian pesawat bom generasi terbaru daripada pelbagai sumber. Ketika ia menambahkan pelbagai jenis pesawat daripada pelbagai Negara, ia juga telah membentuk pengkalan udara berasingan dan kemudahan penyelenggaraan untuk setiap pesawat. Sekaligus mengilangkan peluang operasi dalaman dengan pelbagai system yang telah menambah kos kepada tentera udaranya.
Syarikat aeroangkasa Russia menawarkan pesawat tempur pada harga yang rendah dan meraih keuntungan kemudian dengan pelan perkhidmatan yang mahal dan mungkin menjadi terlampau tinggi untuk Negara pelanggan.
Skuadron pesawat MiG-29 Rusia tidak beroperasi semenjak TUDM menolak tawaran Artem Mikoyan untuk mengembalikan pesawat ke Rusia bagi kitaran servis penuh kerana terlampau mahal. Seperti yang didedahkan oleh sumber dalam pangkalan data RAND, ini adalah pendekatan pemasaran Rusia yang biasa dilakukan. Semenjak era Soviet, syarikat aeroangkasa Rusia sering menawarkan pesawat tempur dengan harga yang rendah mendapatkan semula kerugian teersebut kemudian dengan pelan perkhidmatan mahal yang mungkin tidak mampu buat negara pelanggan.
Seperti negara lain, Malaysia mempunyai pelbagai armada udara yang dibeli daripada banyak sumber-sumber asing. Armada pesawat tempurnya berjumlah kira-kira 52 buah pesawat, yang mana 13 MiG-29 Rusia kini tidak digunakan. Armada Su-30 terdiri daripada 18 pesawat yang mempunyai 20% kesediaan beroperasi. Manakala lapan pesawat tempur ringan Amerika F-18 dan 13 British BAE Hawk 200 pula beroperasi sepenuhnya. Dari pandangan kos-manfaat, TUDM dapat memperoleh lebih banyak nilai daripada pesawat tempur yang mempunyai beberapa ciri interoperasi dengan armada semasa. Cara yang paling berkesan untuk mendapatkan interoperasi adalah melalui kepemimpinan TUDM untuk menggantikan sebahagian besar armada jet tempur dengan pesawat jenis tunggal yang boleh beroperasi dengan apa yang sedia ada. Ini akan memberi TUDM beberapa ukuran skala ekonomi dan akan memberi peluang kepada pembida yang menang untuk menubuhkan program penyelenggaraan buat Malaysia yang menjimatkan kos.
Dalam ketika pandemik global dan kesulitan ekonomi yang tidak dapat dielakkan, pemerintah negara harus didorong untuk mempertimbangkan keperluan ketenteraan kebangsaan mereka dengan cara yang lebih menjimatkan. Kos sistem senjata utama bukan hanya terletak pada harga beli yang asal. Dalam masa tujuh tahun, pihak tentera akan menanggung sejumlah kos yang sama dengan harga pembelian pesawat. Oleh itu, Negara-negara perlu berfikir secara strategik tentang kos kitaran hidup peralatan dan bukan sahaja mengambil kira harga beli yang asal. Penilaian sistematik terhadap keperluan pertahanan yang mengambil kira kos dan pilihan bukan senjata adalah kaedah yang bijak bagi kerajaan negara untuk menguruskan sumber pertahanan dalam era kewangan yang tidak menentu ini.
Peter A. Wilson adalah penyelidik pertahanan antarabangsa dan John V. Parachini adalah penyelidik pertahanan antarabangsa kanan di Perbadanan RAND, institusi yang tidak meraih keuntungan, dan tidak bergabung dengan parti politik.
Ulasan seperti ini memberi para penyelidik RAND sebuah platform untuk menyampaikan pandangan berdasarkan kepakaran profesional mereka dan selalunya pada kajian dan analisis terbitan mereka.
This article is also available in English.